Notes

Legenda TIGA2 – Nak kongsi tak..?

Beby anak bongsuku yg form one tu memang terlebih2 manja dgnku. Tidur tiap malam atas lenganku. Sebelum tidur, paksa aku nyanyi dulu atau dodoikan dia dengan cerita. Dah tiga malam aku takde mood nk nyanyi so aku bercerita padanya. AKU PILIH CERITA PALING BORING supaya dia cepat Zzzzzz. Oleh kerana dia cukup anti aku berkawan dgn lelaki, aku beri dia cerita yg sangat SESUAI.
1] cerita pertama
Di atas sebuah pohon cemara yang rendah dan rimbun hidup 3 ekor burung Nuri dalam sarang yg selesa. Sekeluarga yang terdiri dpd ibu, ayah dan anak. Satu saat badai kuat menggempur hutan di situ lalu menerbangkan si ayah ke bumi. Ayah burung terkapar di tanah dan mati. Tinggallah ibu burung kesepian. Satu musim datang sekawan burung dr daerah lain. Ketuanya melamar ibu burung tetapi anaknya memberontak lalu tanpa bertangguh menghalau burung asing pergi. Tinggallah ibu burung kesedihan..CERITA TAMAT.
Reaksi beby..”Cam nk bg tau kisah ibu jerh!” aku gelak. “ekeke”
Beby “Gatal! Citer psl lainlaa. Pilihlaa citer legenda ker..” Aku jawab “Uccay!”

2]Cerita ke 2
Alkisah di zaman purbakala, dalam sebuah negara yang gah seantero buana, tersergam teguh sebuah istana gemilang. Dalam istana itu hidup seorang pemerintah yg adil lagi saksama. Dia mempunyai seorang permaisuri dan seorang puteri yg jelita. Di cecelah kebahagian dan kesentosaan itu, negara mereka tiba-tiba dikejutkan oleh satu gegaran gempa bumi yg dahsyat. Istana mereka ranap sama sekali dan rakyat rmi yg terkorban menjadi mangsa gempa bumi yang cukup katastropik itu. . Arakian, tonggak negaranya juga mangkatlah sudah setelah turut tertimbus. Tidak lama, alkisah datanglah pemerintah dr sebuah negara jiran untuk meninjau keadaan dan saat terpandangkan permaisuri maka dia pun jatuh cinta. Pembesar dr dua negara bermusyawarah dan memberi gagasan mengeratkan silaturahim ke 2 negara melalui kedua mereka. Namun tuan puteri memberontak dan memberi kata dua. Permaisuri terpaksa menolak rencana menyatukan dua negara iu dan tinggallah kembali mereka ber2 seperti asal di mana Permaisuri dilanda kemurungan. CERITA TAMAT.

Reaksi beby “Citer samalaa cuma tukar style dan tambah grammar jerh. Sama mcm citer tadi!” citerlah kisah yg betul2. Ibukan pandai menulis?”
aku tergelak lalu kata..”Ini last! Daa ngantuk. Nnti nk bangun tengah malam nk menulis manuskrip.” Dia pula ejek..”Uccay!”

3] Cerita ke 3

Dalam sebuah lautan yg luas saujana, selanjar bergelombang dan bergelora, diam sekeluarga duyung yg sungguh bahagia. Mereka terdiri dpt Ayahanda duyung, bonda duyung dan anakanda duyung. Kiranya bahagia yg mereka kecapi hanya seketika. Di suatu kejadian hujan toksid, sebuah kapal karam dan pecah lnatas mencemarkan lautan di situ dengan bertan-tan bahan kimia beracun. Sekeluarga duyung melarikan diri ke pelantar lautan yg lain. Alangkah sedih justeru, ketika proses migrasi tersebut, ayahanda duyung tidak cukup mekanisme membentengi tubuhnya dpd ancaman bahan pemusnah tersebut lantas mati di sempadan perairan dua pelantar. Tinggallah bunda duyung dan anakandanya di lautan asing yg serba menakutkan itu. Segerombolan duyung lelaki menghampiri dan mengalu-alukan ketibaan mereka. Dalam kalangan tersebut, beberapa ekor duyung lelaki melamar bunda duyung. Namun anakanda duyung mengusir mereka dengan helah amaran yang cukup sadis. Bahawa ibu duyung sudah tercemar dengan bahan kimia lantaran itu, akan membunuh mana-mana duyung lelaki yg akan berkahwin dengannya. “Bunda saya neh hanya nampak ‘uccay’ dr luar tp tubuhnya beracun.” Itu ungkapan beramaran anakanda duyung tersebut yg berjaya sudah menghalau sekalian mereka jauh-jauh. Bunda duyung hanya mampu terkesima! CERITA TAMAT.

Reaksi beby..”Lepas ni ada lagi ke citer Tiga2 neh? Sumer tiga2 jerh?
Jawabku, “Terlalu banyak legenda dan kebanyakan memaparkan kesetaraan versi ;)”
Beby..”Legenda gatal. Versi jerh lain-lain tp, semua kisah Tiga2 beranak. Cuma bahasa dan gramar dan gaya jerh tukar2. Lg satu mane ada duyung lelaki, duyung jantan adelaa!”
Pulang sekolah semalam dia bilang, “hari neh tak leh fokus asek teringat cerita ibu semalam ..’asek tersengih dan tergelak sorang2. Kemudian dia tanye”
“Ibu nak kahwin lagi ker?”
Aku bilang, “Taklaa..nak kawenkan anak2 ibu, tiba saatnya nanti..” dia tersenyum LEGA.
EKEKEKE

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s