Notes

Pernahkan anda mendengar perkataan ‘Konkrit Aura’. Konkrit Aura adalah konkrit yang dihasilkan dari bahan yang sama seperti konkrit konvensional. Apa yang menariknya, konkrit Aura ini dibancuh dengan menggunakan bahan yang sama seperti konkrit konvensional tetapi hanya berbeza dari segi penyediaannya, bagaimana? Konkrit aura disediakan secara Islamik dengan menggunakan air, batu baur dan pasir yang telah dibacakan dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Menarik? Hasil kajian yang telah dijalankan oleh Nurazimah dan Zafirah (2009) telah menunjukkan keajaiban Allah ini. Konkrit Aura mempunyai kekuatan yang lebih berbanding konkrit konvesional. Kenapa ini terjadi? Seperti firman Allah swt. “Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup” (QS. Al Anbiya : 30). Air yang dibacakan dengan ayat-ayat suci Al-quran akan menghasilkan satu bentuk zarah air yang hebat dan indah. Dr. Masaru Emoto dari Yokohama Municipal University, Jepun dalam kajiannya telah menemui satu bentuk kristal yang indah apabila air yang dibacakan dengan ayat suci Al-quran dibekukan dan dilihat dengan mikroskop. Jadi tidak mustahil kekuatan konkrit aura dipengaruhi oleh sifat air yang telah dibacakan dengan ayat-ayat suci Al-quran. Mari kita renungkan kisah kejadian tsumani yang berlaku di Aceh, Indonesia tidak lama dahulu, bagaimana Allah meninggalkan satu Masjid yang kukuh di samping keseluruhan sekitarnya punah ranah. Ini semua membuktikan kekuasaan Allah. Rumah Ibadat yang sering diimarahkan dengan golongan jemaah yang ikhlas serta alunan azan dan zikir yang tidak putus telah menjadikan masjid ini kekal hingga ke hari ini. Apalagi manusia, tidak terkecuali mendapat rahmat Allah jika dalam hatinya penuh dengan Al-Quran. Sudah pasti jasadnya tidak akan hancur dimamah cacing dan tanah. Allah lah yang Maha Berkuasa dan kepadaNyalah kita akan dikembalikan. Sentiasalah mengingati Allah, kerana dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s