Cinta Itu Menya…

Cinta Itu Menyakitkan 
Setia Itu Menyakitkan 
Tapi Cinta Akan Lebih Menyakitkan Lagi Apabila Seseorang Yang Kamu Sayangi Tidak Tahu Apa Yang Sesungguhnya Kamu Rasakan 
Aku ingin di cinta dan mencintai tanpa menyakiti dan di sakiti 
”cinta yang tak pernah menyakiti adalah Allah swt”

“Pening kepala aku layan dia ni!” Firman merungut. Mengurut lembut dahinya sambil melepaskan keluhan kecil.

“Ni tak ada hal lain la ni, ini mesti hal buah hati pengarang kau Erina Jasmin kan?” soal Razif walaupun dia tahu tekaannya tepat. Firman sekadar tersenyum.

“Nasib kau la, siapa suruh kau bercinta dengan budak umur 19! Dengan umur kita yang dah hampir mencecah 30 tahun ni, kau boleh pergi pilih budak baru cukup umur sebagai makwe, nasib la kawan!” Razif tergelak kecil. Gadis lincah yang kelihatan agak kasar perwatakannya namun mempunya raut wajah yang cukup mempesonakan berlegar di ruangan matanya. Dia sendiri terkejut sewaktu mula2 Firman menceritakan hal tersebut kepadanya.

“Hati aku dah terpaut kawan, nak buat macam mana, yang jadi masalah sekarang ni, dari semalam, aku cuba hubungi dia, langsung tak dapat, berpuluh mesej aku hantar lansung dia tak balas, punca dia, sebab aku tegur pasal layanan dia yang agak biadap dengan daddy dia hari tu, entahlah, dari segi luaran nampak macam dia ni seorang yang berdirikari, tapi hakikatnya seorang yang manja sangat, tengok pada tingkah laku pula, jenis yang keras hati tak pedulikan hal sekeliling, padahal sensetif teramat sangat, kalau kau nak tegur, kau kena guna pendekatan psikologi, kalau tidak berhari-hari kau takkan dengar sebarang khabar berita dari dia, bila mood dia dah ok, boleh pula dia datang dengan muka selamba macam tak ada apa-apa berlaku, hadui! Cepat tua la aku kalau terus macam ni!” panjang lebar Firman meluahkan rasa hatinya. Kali ini giliran Razif pula yang tersenyum panjang lebar.

“Kau kena tahu yang buah hati kau tu umur baru 19 tahun. Masih remaja, cepat memberontak, kalau kau menegur tak kena cara, macam-macam hal boleh jadi, tambah-tambah kau pernah cakap yang Erina tu ada masalah dengan family dia kan, dia langsung tak rapat dengan daddy dan abang-abang dia,”

“Entah la, susah aku nak jelaskan pada kau pasal benda ni, tapi yang aku tahu, Erin memang perlukan seseorang yang boleh bimbing dia, yang boleh menegur dia kalau dia buat salah, dia perlukan kasih sayang yang aku sendiri dapat rasa daddy dengan abang-abang dia tak mampu berikan, kesimpulannya, dia memang tengah memberontak! Walaupun dia tak ceritakan benda ni pada aku, tapi aku tahu, ada rahsia yang cuba dia sembunyikan dari aku,” sambung Firman lagi. 

“Ermm, macam complicated pulak aku dengar cerita kau ni!”

“Complicatad ke..susah ke..pening kepala ke…hati aku dah jatuh sayang kat dia, baik buruk dia aku terpaksa terima! I love her damn much! Walaupun dia sekali pun tak pernah ucap kata-kata keramat ni dekat aku dan walaupun jugak… dia sendiri yang terlebih dulu lamar aku jadi boyfriend dia!”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s