My Notes

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah R.A berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: “Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan…”

1. Aku telah melihat seorang daripada umatku telah didatangi oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.

2. Aku melihat seorang daripada umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka dia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan menggunakan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan ke dalam mulutnya dan dikeluarkan rantai tersebut melalui duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi oleh kerana SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dia dihalang daripada meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T memberinya minum hingga dia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpin ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.

7. Aku melihat seorang daripada umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T lalu menabir muka dan kepalanya daripada bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, “SAMPAIKAN PESANKU KEPADA YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”

kredit: selatanonline

Salam Ukhuwah..~

KEMESRAAN SELEPAS PERKAHWINAN

Sebelum Tido:

6 minggu: selamat tido sayaaang, mimpi indah2 ya, mmmuach.
6 bulan: tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun : Sana sikit lah… tido kalau tak mengepit tak bole
ker???!

Pakai Toilet:

6 minggu: tak apa, u masuk ler dulu, i tak kisaaahhhh
6 bulan: masih lama lagi ke nih?
6 tahun: brug! brug! brug!(suara pintu digegar), kalau nak
bertapa pi lah gunung ledang sana !!

Balas SMS:

6 minggu: iye sayang, jap lagi i sampai rumah, sayang, i belikan
murtabak favourite u ye sayang..
6 bulan:trafik jam aah
6 tahun:k..

Dating process:

6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun : Iyalah!! kalau i tak cintakan u, buat apa i nikah ngan u??

Pulang Keje:

6 minggu: Sayaaang, i dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun:Oi…tak dengar orang balik ker??

Hadiah (ulang tahun):

6 minggu :Sayang, i harap u suka cincin yang i beli untuk u ni
6 bulan :I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tamu, takpun kt tangga pun ok
6 tahun : Nih duit, u beli sendiri lah apa yg u nak, nanti kalau i belikan u tak berkenan lak

Telefon:

6 minggu:Baby, ada yang ingin berbual ngan u di telefon nih
6 bulan :Eh…your call…
6 tahun :WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!! takder dengar ker?

Masakan:

6 minggu:Wah, tak sangka i, pandai u masak. rasa pun sedapppppp.. …!!!
6 bulan:Kita makan apa malam ini??
6 tahun:HAH!! lauk aper lak ari ni, cam lauk kemarin jer!!

Memaafkan:

6 minggu:Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,ye
6 bulan:Hati-hati! Nanti jatuh tuh.
6 tahun:Nak pecahkan lagi ler tu, tak paham2 betul!!

Baju baru:

6 minggu:Aduh sayang, u seperti bidadari dengan dress tu
6 bulan: Lah.. beli baju baru lagi?
6 tahunAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU, tula yang lama dah tak muat ler tu???

Merancangkan Holiday:

6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg u nak, honey?
6 bulan:Kita ke Bukit Bintang aje ler ….senang sikit nak parking…
6 tahun:JALAN- JALAN?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JER!

Tonton TV:

6 minggu:Baby, kita nak tengok cite apa malam ini ?
6 bulan : Saya nak tengok bola live kol 9.00 karang
6 tahun: JANGAN TUKAR2 CHANNEL BOLE TAK!!

P/S : JANGAN JADI MACAM NI YER SAHABAT2 SEKALIAN.. 🙂

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s